Thursday, October 7, 2010

PEMILIHAN KOMANDO VAT 69

Tepat jam 8 pagi aku dah berada di pejabat latihan komando Vat 69, PGA Ulu Kinta, Perak. Hari ni aku akan menjalani pemilihan komando VAT 69 iaitu salah satu pasukan elit dalam Jabatan PDRM. Aku pun tak tau kenapa terniat nak masuk selection ini walaupun tahu lutut aku masih lagi sakit... bekas sakit main bola dulu pun tak hilang2 lagi.. Pagi ni adalah ujian tenaga di mana aku perlu berlari sejauh 3.2 KM di bawah 16 minit... kalau gagal terus out... Seramai 35 orang yang hadir untuk selection dari Kontinjen Perak dan aku adalah satu2 nya pegawai...


Ujian lari ni bermula dari Intek ke Dobi dalam PGA...tak tahu lah dapat ke tak lepas masa yang ditetapkan...ujian bermula. Aku dan 34 orang anggota lain terus berlari... gemuruh membuatkan tekak aku cepat kering... Semasa taklimat awal, Sjn Komando telah katakan jika masih nampak kon pada penamat maknanya masih lagi berjaya melepasi masa yang ditetapkan...kalau tak nampak, makna nya gagal la tu...


Penatnya berlari walaupun seminggu sebelum ini aku dah berlatih pagi dan petang... 100 meter terakhir sebelum penamat aku nampak kon masih ada dan aku terus berlari tetapi malangnya tiba-tiba kon di lipatkan dan di tolak ke tepi....aku tau yang aku dah terlambat dan GAGAL... penatnya....


Aku sampai lebih kurang 16 minit 30 saat dan seperti dalam syarat...perlu bawah 16 minit. Komando memang 'strict'...itu yang aku salute. No chance walaupun aku seorang pegawai....


seramai 12 orang gagal dalam larian tersebut...seterusnya bagi yang melepasi larian akan menjalani ujian Pumping sekurang2 nya 33 kali, Sit UP sekurang2nya 40 kali dalam masa 2 minit dan Chin Up sekurang2nya 4 kali.... Akhir sekali seramai 15 orang gagal termasuk aku...takper la...bagi aku senang je, tak perlu nak frust ke aper sebab memang aku kurang preparation sbb tu lah gagal...lagi pun bukan nyer aku terkeluar dari pasukan polis cuma tak dapat pergi seterusnya ke dalam pasukan elit.


Aku rasa seronok walaupun gagal sebab badan rasa sihat coz selalu joging n banyak pengajaran yang aku perolehi..........

3 comments:

  1. 28/09/20101 sy pun ada g selection 69 komando yg bertempat d pulapol KL...hujan renyai masa larian 3.2km...mmg semput giler coz xda persiapan mental dan fizikal..(fizikal sebenarnya..huhu)sy agak ketinggalan 100m dari group larian...last2..group tula yg lulus..sy gagal hanya beberapa saat je...so terpaksa tunggu untuk 2 tahun akan dtg untuk selection seterusnya...hampa....selang seminggu dpt info mengatakan,anggota/pegawai yg layak d bawa ke ulu kinta x mencapaui kuota yg d sasarkan..(x sampai pun 100 personel)..yg mana 69 komando menyasarkan 50 anggota yg lulus peringkat akhir. (klu 100 org je confirm dpt 15 org je..) so 69 komando ada mengeluarkan arahan PERINTAH PASUKAN KHAS kedua melalui e-siar untuk pra pemilihan seterusnya bagi penambahan kuota seperti perancangan...hehe..kali ni sy akan buat yg tbaik...hari2 lari x kira siang/mlm/pagi/ptg...d jangka 15/11 ni akan d adakan sesi selection...

    69 komando..!! tunggu aku!!!

    ReplyDelete
  2. macam mne nak apply ea dlm VAT 69 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk polis, baru boleh masuk pra pemilihan 69komando

      Delete