Tuesday, January 11, 2011

Kosong....

pada 9/12/2010 jam 1024, ayah ku telah meninggalkan dunia ini akibat sakit kencing manis...akhirnya menitis jugak air mata ni...dan first time aku masuk ke liang lahad menguruskan jenazah ayah ku... di saat itu aku rasa hidup ni terlau banyak buat dosa... YA ALLAH, Ampuni lah hamba mu ini...sesungguhnya hamba mu ni terlalu banyak melakukan dosa..

Thursday, October 14, 2010

TANAM JANIN

pada 7/10/10 jam 12 tghari aku dan team ke C.Highlands coz dapat panggilan daripada I.O C.Highlands minta bantuan siasat kes tanam disyaki mayat bayi. Sampai di C.Highlands, kami bersama pasukan patologi Hospital Pahang diketuai Dato' Azri dan team JSJ IPD C.Highlands ke tempat kejadian. Siasatan dijalankan dan setelah mengorek kubur kecil dapati satu cebisan kain yang di dalamnya mengandungi seketul daging. Pemeriksaan teliti oleh Dr Patologi dipercayai daging tersebut adalah janin bayi baru 2 bulan dan dikenali sebagai 'aborted embrio'.

Bapak budak ni kira bagus la coz tanam anak dia di kawasan tanah perkuburan dengan taburan bunga tapi niat tersebut tidak disertakan dengan cara yang betul. sepatutnya dimaklumkan kepada penggali kubur terlebih dahulu supaya urusan pengebumian dapat di lakukan dengan betul walaupun ia adalah seketul daging. Mungkin janin yang digugurkan secara paksa kot....kalau betul alangkah kesiannya anak tu...Macam2 manusia skang ni...

PEMILIHAN KOMANDO VAT 69 LAGI..

yes...semalam kuar lagi pengambilan komando vat 69 pada 15 Nov ni... aku nak try lagi kali ni wpun hari tu gagal...kali ni preparation mesti cukup... gagal sekali bukan selamanya gagal...chaiyuk! chaiyuk!

Thursday, October 7, 2010

PEMILIHAN KOMANDO VAT 69

Tepat jam 8 pagi aku dah berada di pejabat latihan komando Vat 69, PGA Ulu Kinta, Perak. Hari ni aku akan menjalani pemilihan komando VAT 69 iaitu salah satu pasukan elit dalam Jabatan PDRM. Aku pun tak tau kenapa terniat nak masuk selection ini walaupun tahu lutut aku masih lagi sakit... bekas sakit main bola dulu pun tak hilang2 lagi.. Pagi ni adalah ujian tenaga di mana aku perlu berlari sejauh 3.2 KM di bawah 16 minit... kalau gagal terus out... Seramai 35 orang yang hadir untuk selection dari Kontinjen Perak dan aku adalah satu2 nya pegawai...


Ujian lari ni bermula dari Intek ke Dobi dalam PGA...tak tahu lah dapat ke tak lepas masa yang ditetapkan...ujian bermula. Aku dan 34 orang anggota lain terus berlari... gemuruh membuatkan tekak aku cepat kering... Semasa taklimat awal, Sjn Komando telah katakan jika masih nampak kon pada penamat maknanya masih lagi berjaya melepasi masa yang ditetapkan...kalau tak nampak, makna nya gagal la tu...


Penatnya berlari walaupun seminggu sebelum ini aku dah berlatih pagi dan petang... 100 meter terakhir sebelum penamat aku nampak kon masih ada dan aku terus berlari tetapi malangnya tiba-tiba kon di lipatkan dan di tolak ke tepi....aku tau yang aku dah terlambat dan GAGAL... penatnya....


Aku sampai lebih kurang 16 minit 30 saat dan seperti dalam syarat...perlu bawah 16 minit. Komando memang 'strict'...itu yang aku salute. No chance walaupun aku seorang pegawai....


seramai 12 orang gagal dalam larian tersebut...seterusnya bagi yang melepasi larian akan menjalani ujian Pumping sekurang2 nya 33 kali, Sit UP sekurang2nya 40 kali dalam masa 2 minit dan Chin Up sekurang2nya 4 kali.... Akhir sekali seramai 15 orang gagal termasuk aku...takper la...bagi aku senang je, tak perlu nak frust ke aper sebab memang aku kurang preparation sbb tu lah gagal...lagi pun bukan nyer aku terkeluar dari pasukan polis cuma tak dapat pergi seterusnya ke dalam pasukan elit.


Aku rasa seronok walaupun gagal sebab badan rasa sihat coz selalu joging n banyak pengajaran yang aku perolehi..........